Tuesday, February 6, 2018

Ibu Pemalas Suruh Anak Buang Air Dalam Mangkuk Milik Restoran, Dikecam

SEORANG ibu di China membiarkan anaknya membuang air di dalam sebuah mangkuk makanan apabila anaknya itu meminta si ibu menemani ke tandas.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah restoran di daerah Fangzhuang.


Pengunjung lain yang menyedari tindakan menjijikan itu kemudian menegur wanita tersebut, namun si ibu itu dilapor tidak mempedulikan teguran itu.
Seorang wartawan tempatan melawat restoran tersebut untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak pekerja.

Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian dan berkata ini merupakan kali pertama ia berlaku dalam tempoh 10 tahun beliau bekerja. 

Pekerja itu menyifatkan tindakan wanita itu sebagai ‘bodoh dan tidak masuk akal’ kerana setiap tingkat restoran berkenaan dilengkapi tandas.

Tambahnya, pelanggan disarankan agar tidak bimbang kerana kesemua mangkuk dan alatan terlibat sudah dibuang.


1 comment:

  1. Salam Hangat, selamat pagi.
    Suka Main Poker Uang Asli Tetapi Kalah Terus?
    Ayo Gabung Bersama Kami Di Wayangpoker
    MENANG maupun KALAH Tetap mendapatkan Bonus Setiap Hari
    Wayangpoker Situs terpercaya yang sudah lama berada diantara kita semua.
    Minimal DEPOSIT CUKUP DENGAN Rp,20.000
    Minimal WITHDRAW CUMA Rp.40.000
    BBM : 2BE326CC
    WWW.WAYANGPOKER.POKER

    ReplyDelete